Cubaan 2: Mengejar pendapat anda

Ini cubaan kedua. Agak seronok juga menulis jurnal dalam BM. Okei. Topik kedua ialah dibuka kepada lantai di bawah

Sekiranya anda diberi keyboard untuk membelog satu pos sebagai minishorts, apakah isu yang akan anda membentangkan?

Jawapan anda akan banyak memanfaatkan usaha saya mencari topik untuk merentet pagi besok. Sudah pasti para pembaca sudah dapat mengesani kekhuatiran minishorts mencari cara untuk memanipulasikan bahasa kebangsaan ini. Padahal hakikatnya, kerana terlalu asyik minishorts berkecimpung dalam Bahasa Inggeris linguafranca yang dikenali sedunia, penggunaan BM minishorts sudahpun berkarat sampai tidak layak melihat terikan matahari

Oleh itu, adalah sangat-sangat penting agar pembaca sekalian dapat membantu minishorts mencari ilham agar tidak menxia-xueykan diri sendiri apabila besok melanda. Okei? Faham? Get set? Ready? Jalan!

Komen-komen wahai pembaca sekalian didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Tokok-tambahan Eh, maaf, si WP saya telah mengeping PPS buat dua kali. Bukan disengajakan. Semoga dimaafkan. Oh ye, You can also talk any cock you wan as long as it makes sense here ok. I need a rest I have no fucking idea what to blog about after this.

Post to Twitter

Aug30

15 Responses to “Cubaan 2: Mengejar pendapat anda”

  1. Saya tak cakap melayu, so I defended the country against XX instead ;)

  2. Pengalaman anda sebagai seorang warga Malaysia?

  3. Hai seluarpendekkecil(??), sekiranya saya diberi peluang untuk meluahkan perasaan di blog anda ini, saya rasa saya akan menyatakan sesuatu yang telah lama terpendam di dalam hati nurani saya ini berkenaan dengan bendera negara kita ini, iaitu Jalur Gemilang, atau lebih tepat lagi mengenai kurangnya hormat kita terhadap lambang kemegahan negara kita yang tercinta ini. Perasaan ini telah lama terpendam tetapi meledak baru-baru ini bila tersebarnya gambar/berita mengenai model yang seolah-olah bogel dengan hanya berselubungkan Jalur Gemilang.

    Hmmmm…. atas fikiran kedua, saya rasa elok saya luahkan perasaan saya ini di blog saya sendiri, bila saya senang nanti…

  4. Membelog pasal muda muda, masa kamu nyanyi lagu Negaraku tiap-tiap pagi di sekolah. Pendek kata, zaman persekolahan kamu.

  5. Holy cow. You set this kind of standard to make the rest of us look bad and you still expect anyone else to blog in BM?! :shock:

  6. james: my thoughts exactly! :shock: my bm is so gonna suck tomorrow… sigh

  7. i sokong cadangan ‘neowhale’ bahawa anda membelog mengenai zaman persekolahan andadilengkapi dengan gambar-gambar :wink:

  8. rkaru: gambar it sebenarnya tidak berapa memalukan sesiapapun. Adakah ia lebih merosakkan maruah negara bagi seorang wanita jelita menutupi tubuh badan bogelnya dengan bendera negara berbandingkan yang lain, yang memakai seluar yang megunakan corak yang sama? atau mereka yang menggantungkan jalur gemilang dimana jua, sehingga ia koyak and kekotoran?

    minishorts: cerita pasal masa persekolahan itu pasti menjadi isu yang menarik untuk di-blog-kan. Bagaimana kalau campur juga pengalaman pertama membuat kawan dengan kaum lain, dan pengalaman manis yang membuat mini tersangat cinta dengan tanahair?

  9. :smile: saya mempunyai cadangan iaitu supaya di hari kebangsaan kita ini, kita elakan untuk menggunakan bahasa kasar dalam bahasa malaysia… apa macam? (it only 1 day)merdeka!!

  10. kalau kamu dah tiada ilham boleh juga mengolah lirik lirik lagu seperti yang kamu selalu buat, tetapi dalam bahasa melayu. kamu boleh mengolah lagu britney untuk mencerminkan cinta kamu untuk tanah air :P

  11. jika saya menjadi seluarpendek mini, saya mahu membelog tentang cara penjagaan kereta sebagai kawan dan bukan sebagai objek semata-mata.

    jika tidak faham, sila merujuk kepada filem Herbie: Penuh Diisi.

  12. Cik MS yang dihormati, apa kata anda bercerita tentang pelbagai makanan Malaysia enak berperisa yang meng-”represent” (ai-yo, I can’t for the life of me remember the Malay word :oops: ) masyarakat Malaysia yang ber-rojak-rojak? Terima kasih!

  13. Ok… anda telah membuat saya merasa kagum akan kebolehan anda bertutur dalam BM.

    Ok, I am a malay and my BM is like crap. haha

    Anyway, I love you sense of humour!

  14. salam buat seluar pendek…

    ini cuma pandangan saya.
    cubaan kamu menggunakan BM memang bagus sekali.
    saya rasa seperti membaca blog yang ada 2 rasa. cakap melayu Malaysia dan cakap melayu Indonesia.

    itu saja pandangan saya.

  15. arrr

Leave a Reply




Bad Behavior has blocked 497 access attempts in the last 7 days.

Switch to our mobile site