Harapanku untuk Negaraku

Tuesday, August 30th, 2005 @ 5:25 pm | Diary-writer

Pada asalnya, kita semua hanyalah insan biasa, yang ditakdirkanNya untuk bertemu di muka dunia buat sedetik dalam lautan masa.

Dan sememangnya lautan yang dinamakan 'masa' ini sesuatu yang berpanjangan tanpa limitasinya.

Apakah kita sudah melupai siapakah kita sebenarnya?

Manusia yang biasa, yang sebenarnya berkebolehan yang sama… bermuka, ber mata, ber hidung dan bertelinga, berhati berjiwa dan yang paling pentingnya, berminda. Biarlah semua yang material dilupuskan, yang tinggalnya hanyalah diri sendiri, dan Tuhan, dan kurniaanNya.

Salah satu takdir kurniaanNya adalah takdir untuk dilahirkan, ataupun entah macam mana nak cakap ni (maafkan saya kerana bahasa saya ni memang dah karat tak boleh nak selamatkan lagi so it won't be very classy yeah), kemuktamadan untuk berkediaman di Negaraku.

Bukan sempurna. Sememangnya banyak (dan boleh juga dikatakan semakin banyak) polisi-polisi negara yang tidak adil, non-justified, tidak mencukupi, meloyakan, menggeramkan, tidak masuk akal. Sistem pembelajaran yang kurang efektif, perihal ekonomi dan politik yang terlampau birokratik, bermacam-macam saja isu dalam negara yang perlu dibaikpulih lagi.

Bukan sempurna, Negaraku Malaysia.

Tetapi, sesiapa yang berani mengakui diri sendiri seorang yang sempurna dan tanpa dosa, biarlah dia menunjukkan diri..

Sudah pasti tidak ada. Kalau ya pun ada, beranikah anda bertepuk dada dan bersumpah kepada Tuhan bahawa anda adalah tanpa dosa? Sempurna dan perfect bahawa tidak ada apa-apa yang dapat menandingi anda dan segala perangai anda dan segala perlakuan dan juga segala pertuturan anda?

Cis! Bedebah tidak kenal malu punya budak sial jikalau anda berfikir demikian.

Hidup ini, dunia ini, negara ini, bukanlah kepunyaan anda seorang. Malaysia adalah kepunyaan semasyarakat, dan tidak mudah kita berlangkah dan bersampai ke tempat di mana kita berdiri hari ini.

Misalannya, I come from a Chinese school, I was born in Singapore, and look at me, blogging in Malay… what a joke!

Yang pasti undang-undang yang kadangkala tidak masuk akal, yang perlu kita akur di Negaraku, adalah undang-undang yang perlu untuk menjaga keamanan.

Dan juga yang pasti, keamanan yang inilah yang sentiasa taken for granted, telah pun lupa di mana kita berasal, telah pun lupa betapa sukarnya kita mencari middle point yang menyenangkan semua pihak.

Tidak satu middle point yang ada di dunia ini yang akan menyenangkan semua pihak. Dan sama juga di Malaysia kini. Apa yang ada adalah sesuatu yang dapat memedamkan rasa iri hati dan kegeraman, memastikan semua ini dilafaskan dalam cara yang paling berakhlak dan bertamadun. Ya, dah pasti, apa yang ada pun bukanlah sempurna, boleh diperbaiki lagi.

Dan ya, sudah pasti, dari masa ke masa, akan ada sekumpulan dua yang bersakai dan beramuk seketika. Even I am guilty of this.

Tetapi Malaysialah the place I call home, biarpun ia bukan tempat lahirku (I was born in Singapore), dan kerana Malaysia dan sistem pembelajarannya yang kurang sempurnalah saya dapat melafazkan apa yang kurasai menjelang kemerdekaan ke-48 Negaraku ini.

Biarpun ia dalam the signature minishorts style yang dikatakan Eric 'too random, too ranty'.

Semoga Tuhan merestui Negaraku dengan kemakmuran dan keharmonian yang berpanjangan.

47 Responses to “Harapanku untuk Negaraku”

  1. suanie Says:

    Bakatmu tidak disia-siakan. Setelah membaca karangan-karangan anda dalam Bahasa Malaysia, saya rasa amat malu dengan sendiri kerana Bahasa Malaysia saya dah koyak sampai tidak boleh dikoyaki lagi.

    “Bandwidth” belog saya melebihi had bulanannya boleh dikatakan sebagai suatu kesyukuran. Nanti mampus saya dixiaxueykan… geli hati guru Bahasa Malaysia saya di sekolah tinggi nanti.

    Selamat harijadi, Malaysia tersayang. Bagilah satu ke dua AP…

  2. jimmy Says:

    “Bagilah satu ke dua AP…”

    haha, nak tergelak aku. walaubagaimanapun, kesian kat mu suanie. bandwidth melebihi had. :)

    ya, malaysia memang tidak sempurna, tapi ianya tetap rumahku. siapakah yang tidak mencintainya rumahnya?

    walaupun rumahnya… rumah biasa sahaja?

  3. q Says:

    penuh puisi dan bersemangat!

  4. Lee Wye Jon Says:

    Saudari seluar pendek,

    Saya kagum dengan kefasihan Bahasa Malaysia saudari. Tidak banyak yang dapat saya lafazkan. Bahasa Malaysia saya sudah dikirimkan kembali kepada guru-guru Bahasa Malaysia saya.

  5. yuin Says:

    sungguh patriotik! hinggakan saye pun terharu nak menangis. minishorts memang handal!

    limitasi = batasan

    jangan marah ye… :)

  6. Jeff Ooi Says:

    Aku terkagum. Bahasamu begitu segar apatah lagi cetusan yang begitu jitu buat seorang anak Malaysia.

    Aku terkagum,masih…

  7. Jeremy C Says:

    Tak pernah ku sangka bahasa melayu sesungguhnya begitu romantis… sehinggalah saya terbaca tulisan mu…

  8. Global Voices Online » Blog Archive » Malaysia: National Day + Blog Day Says:

    [...] Malaysia’s National day falls on the same day we observe Blog Day, August 31. Blogger Minishorts feels the 48-year independence has been taken for granted, TV Smith’s heart sank seeing the faded and forlorn fluttering with a few remaining shreds of dignity. Belacan Times has 10 items on the wishlist, anti-corruption being one. [...]

  9. S-Kay Says:

    Deii…lu cakap gua punya BM gengchao, lu mia lagi ganas lah MS :razz: Gua takleh chelen sama lu..ahahhaha

    Entri yang bagus..

  10. Kuzco Says:

    engkau batu.

  11. Ghoul Says:

    Saya sudah pengsan cuba menyerap kata-kata yang telah dihujahkan di sini.

    :mrgreen:

    Harapanku untuk Negaraku pada tahun ini ialah untuk semua ahli politik yang telah besar kepala, turun semula ke pangkuan orang awam untuk belajar tentang maksud “berjasa kepada rakyat” …

  12. foodcrazee Says:

    Sekurang-kurangnya u mempratikkan bahasa melayu anda. GUe tengok pun dasyat. Macam tak nak caya pasai org SG pun blog dalam melayu.

    Caya Lu lar Sis :lol:

  13. Malaysian Says:

    Kau pegi perempuan! (You go girl!)

  14. eviegal Says:

    pertama kali saya memberi komen di belog miniShorts. Penulisan anda sungguh mengagumkan! ramai jugak yang telah lupa akan penggunaan Bahasa Kebangsaan kita ( jelas sekali BM saya ni pundah luput sehingga ada cendawan tumbuh ). Teruskan usaha anda, minishorts! Akhir kata, semoga rakyat Malaysia hidup aman dan damai !

  15. plink Says:

    Buah fikiran saudari, baik dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu samalah dengan matlamat dasar Bahasa Kebangsaan. Dua-duanya menjadi tumpuan perhatian serta membenihkan perbincangan, lantas menyatupadukan pembaca saudari tanpa mengira keturunan masing-masing.
    Esok, pada tanggal 31 Ogos, Bangsa Malaysia mara selangkah lagi ke arah perpaduan bangsa. Moga-moga dengan berkat Tuhan dan para pemikir seperti saudari, cita-cita kita akan tercapai satu hari nanti.
    Tak kiralah BM kita lapuk hingga berkulat. Bahasa itu suatu yang hidup dan sentiasa berubah.
    Usah pedulilah kalau tatabahasa kita kurang sempurna. Aneh sangatkah jikalau perbendaharaan kata kita bercampuran ’slang?’ Tidakkah BM sebegini lebih ‘hidup,’ mesra dan lebih berguna daripada Bahasa Pentadbiran?
    Besides, it’s more fun this way, no?

  16. pokca Says:

    Terangkat habis beb! Usaha and penat lelah saudari and kawan-kawan seangkatan yang lain bertekad untuk menulis petikan kalian dalam bahasa kebangsaan demi tanah air tercinta memang patut dipuji. Teruskan usaha anda sekalian :smile: Gua caya sama lu!!

  17. Primrose Says:

    Dashyatnya Bahasa mu. *tabik*

  18. Coldfire Says:

    walaowey! BM lu semakin rumit. gua susah nak paham sama lu la! tapi berbakat jugak lu dalam BM. bagus ni, boleh belajar dari lu. apa ni dengan budak budak sial? dia orang mengejek Malaysia lagi kah? pukimah… takpa lah, budak-budak keci dan sial ni kiasu saje lah. kalau mereka nak berperang, gua join tentera lu. (where the hell do these suckers come from? if they want war, we wage war!)
    ahem… hari merdeka yah, tak boleh macam ni. sori…
    ok, selamat merdeka!

  19. Ghoul Says:

    MERDEKA!!

  20. Binnie Says:

    Saya kagum dengan ‘vocab’ BM anda. Saya berasa sangat malu selepas membaca belog ini. *tutup muka dengan beg plastik.

  21. glinar Says:

    adoi…ermm…kena komen dalam bahasa ke?
    sudah lama tidak berbahasa…walau apa² pun..
    haih…cannot…tak sampai²..
    my BM really cacat-ed…my teacher hate me coz i cant form a proper sentence in BM.
    bahasa pasar’s another story :grin:
    well..just wanted to say – IMPRESSIVE! KAU BOLEH! lol`

  22. dreamer idiot Says:

    Ada banyak kebenaran yang tersirat dalam kata-kata Minishorts. Sememang-memangnya negara bukan sempurna, ada banyak lagi yang kita patuh berterima kasih, kerana negara mana yang tiada masalah-masalahnya (testing peribahasa, di mana bumi yang tidak ditimpa hujan). Keamanan (relatively) negara yang didapati di negara kita boleh dikatakan baik kalau dibandingkan dengan keadaan huru-hara di negara-negara lain, sama juga dengan keadaan ‘racial divide and politics’ yang walaupun menghampakan, jauh lebih baik dari ‘racial-profiling dan keganasaan ‘racial’ yang dijumpai and didapati di negara Eropah and Amerika Syarikat.

    Oleh itu, mari kita berterima kasih pada hari ini, mengigati kemerdekaan kita! Mari kita membangunkan negara kita .tanah yang tumpahnya darah kita! Mari kita mengatasi ‘racial divide’ di antara kita, tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengirakan bangsa and menjadikan satu bangsa and satu negara Malysia!

    Sebelum saya tamatkan komen ini, saya juga mahu berkata kepada sekian rakyat Malaysia di blog ini: Bukan sahaja kerajaan dan ahli-ahli politik yang menjadikan (form) negara kita yang tercinta, tetapi setiap orang-orang kebiasaan (the man on the street), orang seperti kami semua (the people), yang boleh membawa socio-political change (kemajuan sosial and politik) dengan suara-suara, cita-cita kita dan yang terpenting sekali kecintaan kita untuk negara (bukan kerajaan)dan rakyat kita.

    Selamat hari Merdeka kepada semua!

    Maafkan bahasa saya, telah banyak tahun saya tidak menggunakan behasa kita ini.

  23. dreamer idiot Says:

    PS. Minishorts, boleh cuba tulis puisi-puisi sempena Hari Merdeka…

  24. Screenshots... Says:

    Happy Blog-day, Malaysia!

    This is how Malaysian Netizens celebrate Hari Kebangsaan: On the quiet, Aizuddin Danian puts on a total revamp of Project Petaling Street (PPS), it’s fast download one-pager that leads you to Wiki, Blogs, Pings, RSS and Directory. Minishorts (born in…

  25. Suresh Says:

    Warkah kamu sungguh bagus. Syabas! Adalah amat menyegarkan melihat suatu cetusan pemikiran dalam Bahasa Kebangsaan kita. Betul, Kita sememangnya barisan pelapis negara kita.

    Utusan dari seberang Atlantik,

    Pelajar Malaysia di Canada,

    Suresh

  26. Wan Zafran Says:

    Anda berbakat menulis menggunakan bahasa Malaysia. Penulisan anda kali ini adalah ukiran minda yang sangat menarik ^_^

    Oh ya, Selamat Hari Merdeka!

  27. jean` Says:

    Wah, BMmu sgt fasih!

  28. Cheryl Ng Says:

    Yang kurik itu kendi,
    Yang merah itu saga,
    Yang cantik itu budi,
    Yang indah itu bahasa.

    Amat bangga yang aku anak Malaysia.
    Selamat Hari Merdeka sekalian!

  29. ylchong Says:

    :razz:

    Syabas atas Belog post ini — fasih dan stylish nya! Desi sangat jeles!

    Dengan ikhlas, sampai UCAPAN Selamat Hari Merdeka kepada Semuanya, OK!

  30. vincent Says:

    dinda seluar pendek,
    Abg tersangat haru dgn bahasa poetis mu!Kau telah mencetus sesuatu pada diri ku,entahlah….bangga sekali dgn tulisan mu!

    Selamat Hari Merdeka!:twisted:

  31. hotemper Says:

    Saya berasa hairah and bangga dengan isi kandungan yang ditulis oleh Saudari. Walau bagaimanapun, saya berharap Saudari dapat memperbaiki tatabahasa di masa kelak, terutamanya imbuhan bahasa.

    Terima kasih.

  32. ya Says:

    Apa khabar?

  33. seraphe Says:

    Adoi… Bisa pertulis barat tak. Saya tak bisa cakap BM lah.

  34. Pak Kadok Says:

    Mini, OK, OK, gua caya sama lu, bila lu boleh belanja gua minum kopi-o…?

  35. dannyFoo Says:

    I am so exhausted. -.-zZzzzZzzz

  36. a Says:

    apa ini saudari seluar pendek?

    tiba tiba nak bersuara dalam bahasa malaysia…cuba bayangkan saudari bercakap bahasa malaysia dalam kehidupan seharian …cuba faham maksud ayat ini: berakit-berakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian….

    sekian terima kasih.

  37. ahmad_sammy_ah_chong Says:

    Syabas, walaupun agak kelakar dan agak tunggang langgang tatabahasa. Seperti kata Cheryl Ng, yang cantik itu tetap bahasa..tidak kira apa bahasa pun. Teruskan berblog didalam bahasa Malaysia kerana tidak banyak bloggers yang menggunakannya dalam blog mereka. ;)

  38. mahjongman Says:

    :lol: wa caya sama lu, bahasa yang canggih dan anggun sekali… syarahan yang mengkagumkan sehingga menutupi kekaratan! Cun

  39. saya anak malaysia! Says:

    hi cik mini!

    saya rasa sungguh terharu kerana:

    1) anda bersungguh2 menulis blog ini dalam bahasa melayu walaupun ianya bukan bahasa harian dan mesej yang disampaikan bagus kerana..

    2) anda telah berjaya menyemarakkan semangat patriotisme pada diri saya.. dan mungkin pada pembaca2 yang lain.. dalam menyambut hari kemerdekaan yang ke 48

    3) menyedarkan saya betapa rojaknya rakyat kita dan masih ramai yang menyayangi malaysia. saya fikir sudah ramai yang tak peduli. ya betul, malaysia mungkin tak sempurna akan tetapi inilah tanah tumpah darah kita. rakyat berbilang bangsa dapat hidup dalam harmoni. selagi rakyat dapat bekerjasama, selagi itulah ada kedamaian. berbanding dengan negara2 luar, malaysia is doin ok pe. i think that is our asset. our people.

    maaf ya.. bahasa saya pun tunggang terbalik.

  40. LIONELblogs » Getting on the blog-in-Malay bandwagon (and making it cool) Says:

    [...] Walaupun blog (kah belog?) ni secara teknikalnya belum siap/lengkap macam meja tiada kaki (Selain mengimport blog Movable Type saya yang terbunuh tu, memang banyaklah saya mahu buat! Misalnya templat Kubrick ni, sudah muak tengok. Mahu bikin templat sendiri tapi belum biasa dengan organ dalaman Wordpress lagi), dan yang lagi mustahak saya kini amat sibuk dengan pengajian, saya mahu mencuri masa untuk mengarang dalam Bahasa Melayu (kah Malaysia?) di sini sempena Hari Merdeka. Yalah, seperti yang dicadangkan dan ditunjukkan oleh dewi blog Malaysia kita minishorts. (Beliau memang hebatlah mengarang dalam BM. *tabik* Saya pun terasa bahang kiasu (tak nak kalah!).) [...]

  41. bleuchiz Says:

    saya sunnguh malu. Saya adalah orang melayu singapura, tetapi ‘grasp’ saya dalam bahasa melayu sungguhlah teruk. saya bertulis seperti murid sekolah rendah. when i am all at the ripe age of 25. * head hangs low*

    i am amazed, you took that whiff off from me.

    selamat hari merdeka nonetheless.

  42. girl_malay Says:

    malaysia tak sempurna coz rakyat die…malaysia adalah sebuah negara
    kita sebagai rakyat adalah pembangunnya…
    kite adalah penggeraknya ke arah wawasan 2020…
    menteri adalah org penting dlm sesebuah negara…
    oleh itu..sokonglah menteri kita demi kemajuan negara..

    ~PEACE NO WAR~

    ‘LOVE MALAYSIA’

  43. girl_malay Says:

    sesape rase nak merdeka….jom g surau baca yaasin…

    ~MERDEKA~

    ‘I LOVE U MALAYSIA’

  44. buncit_comel Says:

    jangan terlalu agungkan dunia…ingatlah mati
    remaja sekarang ramai yang lupa lagu negaraku macamana boleh mengaku jadi rakyat malaysia??sia-sia jer merdeka..buat penat orang dulu-dulu berperang..=(

  45. sharey Says:

    Deii…lu cakap gua punya BM gengchao, lu mia lagi ganas lah MS Gua takleh chelen sama lu..ahahhaha

  46. sharey Says:

    I LOVE MALAYSIA……..

  47. sharey Says:

    ITS AMAZING YAR….
    ITS REALLY AMAZING….

Leave a Reply

Bad Behavior has blocked 721 access attempts in the last 7 days.