Puisi Ala Malaysia
Aug 29, 2006 in General
Nah. Cuba bacakan.
Sudah hampir nak sampai Merdeka
Rakyat Malaysia sangat gembira
Jalur Gemilang di merata-rata
Malah atas kereta dikibarkan juga
Malaysia ini banyak istimewa
Rakyat berbilang kaum agama
Cakap English pun campur Bahasa
Sampai orang putih pun pusing kepala
Hang Li Poh berasal dari China
Beribu-ribu batu sampailah ke Melaka
Berkahwin dengan Melayu berlahirkan anak Baba
Isterinya nama Nyonya masak pelbagai rasa
Makanan di Malaysia, sedap-sedap belaka
Sampai jadi jeles, rakyat Singapura
Gelas air sejuk, pastikan sedia ada
Nanti terlampau pedas, api keluar telinga
Char kuey teow mesti tambah kerang
Nasi lemak best bersambal udang
Bakar sate daging, api hendaklah terang
24-hr mamak, kita makan sampai kenyang
Kalau nak beli batik, pergilah ke Kelantan
Kalau hendak menyelam, jom pergi Sipadan
Kalau nak relaks, cubalah pantai Kuantan
Bercutilah dalam negara bersama rakan-rakan
Model paling femes siapa yang tertanya
Memang muka endorsement, milik Amber Chia
Jam tangan, Jeans, Sampai kerusi pun ada
Nasib baik barangan itu semua buatan Malaysia.
Di Malaysia, ramai orang ternama
Kalau pandu kereta, mesti pasang Era
Milik suara merdu pasti Siti Nurhaliza
'Selamat pengantin baru', diucapkan kepadanya
Masuk alam siber, pula ada blogosfera
Ramai pula orang sibuk-sibuk belaka
Melayu, Cina, India, kaum lain lain pun ada
Paling ramai pengunjungnya, pastilah Kenny Sia
Ada si Vincent Lau, cuba nak bergembira
Anjurkan festival Project Happy Malaysia
Kalau anda semua sayangkan negara kita,
Jom marilah semua kita bersuka ria!



